Search This Blog

Monday, June 27, 2011

duhai hati. janganlah engkau mati~

assalamualaikum,

huhu, malam ni rasa macam sayu je..entahlah, rasa macam 'kosong'..aku tak suka macam ni, satu hari dalam sebulan mesti ada rasa camni..aku panggil "HARI MENGALIRKAN AIR MATA"..satuhari dalam sebulan mesti ada hari aku akan menangis tanpa sebab. menangis teringatkan dosadosa silam, nangis teringatkan kesilapankesilapan lepas, nangis teringatkan kegembiraan2 yang aku penah kecapi, and yang paling penting, nangis sebab aku terlalu rindukan arwah mama n arwah papa..I MISS THEM :'( :'( :'(

entahlah,bila aku sedih mesti aku sujud lamalama,mintak ampun dengan tuhan. aku rasa hidup aku macam dah jauh tersesat. aku pun tak tahu kat mana aku sekarang, di jalan yang benar kah atau dah jauh tersasar dari jalan yang diredhaiNya. yang aku tahu hidup aku sekarang macam dah bukan diri aku. salah siapa? aku pun tak tahu..mungkin ini memang takdirNya atau aku yang kurang iman? cepat mengalah dengan dugaanNya?

semuanya start after mama pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya.mama demam panas dua hari je, pastu dia terus pergi tanpa bagi apaapa hint. sampai sekarang aku rasa semua tu macam mimpi je. dan yang lebih menyayat hati, hidup aku 100% berubah, macam tonggang tebalik, macam takde hala tuju. macam takde bimbingan. and kenapa masih ada ramai orang yang sanggup ambil peluang tu untuk musnahkan hidup aku?

entahlah, kadangkadang aku tertanya kat tuhan, KENAPA AKU?? dulu aku rasa life aku perfect gila, sekarang macam ni, sebijik macam drama, kenapa aku?? aku bukan KUAT pun untuk hadapi dugaanNya. orang cakap senang, "sabar sabar"..entahlah.. ok lah, ramai orang nampak aku kuat dan happy.. macam bahagia je..sebenarnya makin BANYAK aku tersenyum, makin BANYAKLAH aku bersedih dalam HATI..

astagfirullahalazim..entahlah, mungkin Allah pilih aku kerana Dia sayang aku..aku yakin atas kehendak Allah..
maafkan aku ya Allah atas segala dosadosaku..berilah aku kekuatan menghadapi segala ujianMu..
jauhilah aku dari merekamereka yang mengambil kesempatan keatasku..berilah aku yang terbaik..tempatkanlah aku dikalangan hamba2Mu yang beriman dan beramal soleh~~

insyaAllah, Allah know better :)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.