salam..
hehehe..sebenarnya beberapa hari lepas aku baru je mengalami kemalangan kereta..so sekarang ni still dalam mood trauma and shock lagi...kaki pun belum kuat lagi nak berjalan jauh...kepala pun still sakit..
beberapa hari lepas,aku sepatutnya ke Kuantan sebab adik adik kesayangan aku yang manja tak bertempat tu nak Graduasi Form 5.. memandangkan ahli keluarga aku yang lain semuanya busy,and aku sorang je berada dalam jarak terdekat KL-Kuantan..so aku terpaksa la pergi jugak demi memenuhi tanggungjawab sebagai seorang kakak..(kakak mithali in right sentence...hehe perasan la kau nyah! >-<)
huhu.. hari tu aku amik cuti halfday..tapi sebelum start perjalanan tu aku dah rasa semacam and tak sedap hati..aku suruh la hakimi teman aku tapi dia ada hal lain la pulak..so nak tak nak terpaksa la aku drive sorang-sorang dari KL ke Kuantan..huhu sedih sedih..
nak dijadikan cerita,tayar kete aku macam xde angin je...aku nak berhenti isi angin tapi hujan lebat yang tersangat la lebat kat luar tu...aku sempat stop kat Petronas Gombak pun untuk isi minyak je..nak stop kat Petronas Genting Sempah pun hujan lebat lagi masa tu..so aku teruskan la jugak perjalanan aku,dengan niat nak stop kat RNR kat Karak nanti..
aku bawak slow je masa tu,x speeding macam selalu cuz aku tak berapa yakin ngan keadaan jalan..hujan lebat sangat,aku nampak kereta depan pun dah terhuyung hayang..huhu...
tengah-tengah aku drive sambil layan lagu..tetiba je kereta aku lost control dengan sendirinya..
stereng memang xleh nak control..tayar lak macam x jejak tanah je..break pun x makan..
tetiba..DUM DUM DUM..sedar2 je kete aku dah pusing2 langgar divider batu tu..
aku pun x ingat apa2 dah,yang aku ingat kepala and badan aku terhantuk kena stereng and aku dengar bunyi kereta2 lain brek sebab nak elakkan kereta aku..lepas tu aku x ingat pepe dah..
sedar2 je orang towing suruh aku keluar..cepat gila diorang datang,in few second je diorang dah terpacak depan kereta aku..macam tahu-tahu je..huhu..few minutes after kereta aku ditolak ke roadside,DUM DUM DUM..ada pulak 2 kereta lain accident at the same place tempat aku accident tu..badi ape ntah aku bawak..hehe..cuak la jugak sebab aku masih lagi berdiri tepi jalan masa tu,kang kena aku lak nanya..so kereta aku dan aku di tow ke balai polis karak...urusan report-mereport pun bermula..within 3 hours 8 BUAH kereta accident kat tempat yang sama..persoalannya adakah kerana jalan tu memang licin?or ada orang sengaja letakkan minyak?or ada badi tempat tu?hoho..
after fews hours,cousin aku from Ampang pun sampai la..bawak aku balik Ampang..hoho nasib baik ada life-saver..:) *thanks to Allah sebab aku masih bernyawa :) * *
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.